PETALING JAYA: Persatuan Waris Keturunan Anak Minang Malaysia (Wakam) mengagihkan 50 kotak bakul makanan kepada ahli dan asnaf di Lembah Klang bagi membantu meringankan bebanan.
Presiden Wakam Tuan Putera Jefrizal Jasman berkata, selain asnaf, pengagihan bakul makanan infak berkenaan turut disampaikan kepada beberapa rakan artis seperti Afee Utopia, Mubarak Majid, Salman Al-Farisi dan balu Allahyarham Datuk Mahmud Jun.
Menurut beliau, bakul tersebut yang disumbangkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak Pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 lalu diagihkan kepada individu yang telah dikenal pasti sebelum ini.
“ Program seumpama ini diadakan untuk membantu golongan yang terkesan akibat penularan Covid-19.
“ Ia sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan dan kita daam masa penghantaran kotak Infaq Rezeki ini adalah mengikut SOP untuk mengekang penularan wabak,″ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN