‘Tapau’ jadi norma baharu - Utusan Malaysia

‘Tapau’ jadi norma baharu

ORANG awam menunggu giliran memesan makanan untuk dibawa pulang kerana pemilik restoran belum bersedia membenarkan pelanggan dine-in dekat restoran Chong Kok Kopitiam di Klang, Selangor. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Makan di rumah menjadi norma baharu kepada orang ramai yang dilihat lebih memilih untuk membungkus makanan berbanding menikmatinya di restoran walaupun kemudahan itu kini dibenarkan.

Ini kerana faktor keselamatan menjadi perkara yang dititikberatkan khususnya di Selangor apabila kes harian Covid-19 di negeri itu masih melepasi para 5,000 kes dan situasi sedemikian sememangnya merisaukan.

Malah, dalam tinjauan Utusan Malaysia dekat Jalan Stesen, Klang, pengusaha sebuah restoran tumpuan penduduk tempatan di situ enggan membenarkan pelanggan makan di kedai, sebaliknya lebih menggalakkan mereka membawa pulang seperti sebelum ini.

Ttinjauan di sini pula mendapati, tempat duduk di dua restoran masih lengang walaupun pekerja sudah menyusun kembali meja dan kerusi bagi menerima kedatangan pelanggan.

Hal itu diakui seorang pelanggan, Hazril Jamaludin, 40, yang mengunjungi sebuah restoran di Seksyen 13 apabila mengakui masih bimbang walaupun kerajaan sudah membenarkan penduduk lengkap dua dos vaksin boleh makan di kedai.

“Saya lihat kebanyakan rakyat Malaysia menjadikan konsep makan di rumah sebagai norma baharu kepada mereka berbanding makan di restoran.

“Apapun, keputusan yang dibuat Kerajaan Pusat ini baik kepada pengusaha sektor ini supaya mereka dapat bangkit daripada kerugian yang dialami mereka sebelum ini,” katanya.

Kemudahan seperti dine-in antara yang dibenarkan bagi negeri dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun hanya pelanggan menerima vaksinasi Covid-19 lengkap iaitu dua dos dibenarkan.

Dalam pada itu, seorang pelanggan sebuah restoran di Seksyen 9, Muhaimin Yussof, 33, pula menganggap pengumuman itu sebagai suatu yang menggembirakan bagi mereka yang gemar makan di kedai.

“Sebagai seorang yang suka makan, saya lebih suka makan di kedai berbanding di rumah sekiranya membeli makanan di restoran. Selepas ini, saya akan cari kedai masakan Thailand dan Indonesia yang boleh dine-in,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya