‘Sultan Melaka’ meninggal dunia - Utusan Malaysia

‘Sultan Melaka’ meninggal dunia

RAJA NOOR JAN SHAH RAJA TUAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 64, atau lebih dikenali sebagai ‘Sultan Melaka’ dilaporkan meninggal dunia.

Dipercayai, allahyarham meninggal dunia akibat Covid-19 berikutan tanda pagar covid fighter yang tular dalam kenyataan lain walaupun tidak dinyatakan puncanya secara jelas.

Berita sedih itu dikongsikan menerusi laman Facebook Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

“Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja NoorJan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi (tengah hari tadi).

“Salam takziah buat isteri allahyarham, Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf serta seluruh ahli keluarga dan kerabat. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat.”katanya dalam catatan tersebut.

Raja Noor Jan Shah sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya Sultan Melaka.

Beliau turut pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka pada 2016 atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar sebagai Sultan Melaka.

Mahkamah Tinggi selepas itu bagaimanapun membebaskannya selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadapnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN