Sidang media tergempar ahli Parlimen UMNO 11.30 pagi - Utusan Malaysia

Sidang media tergempar ahli Parlimen UMNO 11.30 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dijangka beberapa ahli Parlimen UMNO akan mengadakan sidang media khas di satu lokasi di ibu negara pada pukul 11.30 pagi ini dipercayai berkaitan sokongan mereka kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu jemputan sidang media yang disampaikan oleh seorang pegawai menteri kepada media pada hari ini.

“Salam, pagi ini jam 1130 pagi, akan ada sidang media ahli-ahli Parlimen UMNO di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1. Mohon bawa pas media masing-masing. Jika ada perubahan akan dimaklumkan kemudian,” kata mesej itu.

Antara dijangka menyertai sidang akhbar itu adalah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz serta beberapa wakil rakyat parti itu yang cenderung kepada Muhyiddin.

Menurut satu laporan portal, malam tadi telah berlangsung satu pertemuan antara ahli-ahli Parlimen dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman ahli Parlimen Pekan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya