Ramai merungut jalan di KL  sesak  - Utusan Malaysia

Ramai merungut jalan di KL  sesak 

Gambar seorang netizen yang merugut sebab jalan sesak di bulatan Jalan Pahan di ibu negara pada 21 Ogos 2021. - Ihsan media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ramai pengguna media sosial hari ini merungut kerana terperangkap dengan kesesakan lalu lintas di sesetengah kawasan berikutan penutupan jalan di sekitar ibu negara.

Seorang pengguna Facebook, Razak Latiff memuat naik status memaklumkan di Jalan Loke Yew dari arah Kuala Lumpur sesak teruk.

“KL hari banyak jalan tutup, jangan masuk KL,” katanya. 

Seorang lagi pengguna Facebook, Hilmi Hashim turut mengingatkan orang ramai agar tidak merayau.

“Ingat ya, hari ini jalan ditutup, jangan keluar merayau. Ingat Covid, ingat orang tersayang,” ujarnya. 

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberi amaran dan melarang semua pihak daripada hadir, berada atau mengambil bahagian dalam perarakan mahupun perhimpunan itu yang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Susulan itu, sebanyak 88 laluan di sekitar ibu kota juga dilencongkan berikutan kemungkinan berlaku perarakan dan penganjuran perhimpunan tidak sah.

Bagaimanapun, tiada perhimpunan dilaporkan setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya