Rakyat Melaka boleh ‘makan kedai’ bermula hari ini - Utusan Malaysia

Rakyat Melaka boleh ‘makan kedai’ bermula hari ini

SEORANG peniaga di Pokok Mangga, Melaka masih tidak membenarkan aktiviti dine-in di gerainya berikutan tidak mengetahui kebenaran itu turut terpakai di Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bermula hari ini, rakyat Melaka yang lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin Covid-19 boleh memanfaatkan kemudahan makan di kedai (dine-in).

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Mohd. Nasrul Menhat berkata, kemudahan itu bagaimanapun hanya dibenarkan kepada mereka yang telah melepasi tempoh 14 hari selepas vaksinasi dos kedua. 

“Seperti yang diumumkan Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa individu lengkap menerima vaksin Covid-19 di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini boleh menjalani aktiviti dine-in bermula hari ini

“Kemudahan ini turut diberikan kepada rakyat Melaka yang telah lengkap mengambil kedua-dua suntikan vaksin Covid-19 yang telah melebihi tempoh dua minggu lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, bagaimanapun pemilik premis atau peniaga kedai makan perlu mengikuti garis panduan ditetapkan iaitu dengan memastikan individu yang ingin makan di kedai menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19. 

“Selain itu, pemilik premis juga perlu menyediakan lebih banyak ruang makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan lebih baik. 

“Masa yang dibenarkan untuk beroperasi adalah bermula pada pukul 6 pagi sehingga 10 malam,” ujarnya.

Katanya lagi, selain aktiviti makan di kedai, kemudahan lain yang diberikan adalah aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan.

“Aktiviti perkelahan dan perkhemahan juga dibenarkan dengan remaja berusia 17 tahun dan ke bawah perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 

“Bagi operasi pasar malam dan pasar minggu juga dibenarkan, namun pihak penganjur dan peniaga mesti meminta pelanggan menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya