PPMSB semai 700 pokok bunga raya - Utusan Malaysia

PPMSB semai 700 pokok bunga raya

MUHAMMAD MUHAIMIN LAU Abdullah (kanan) menunjukkan bunga raya unik empat warna kepada Sulaiman Md. Ali (tengah) sambil disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd. (PPMSB) menyemai lebih 700 pokok bunga raya dalam usaha mengembalikan kemalaran pemandangan tumbuhan ikonik itu khususnya di negeri ini. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhammad Muhaimin Lau Abdullah berkata, pemuliharaan itu bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.

Menurut beliau, sebanyak lapan spesies pokok bunga raya disemai di tapak di Semujuk, Jasin dan akan ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk menjadikan tanaman tersebut sebagai pokok landskap. 

“Kita menyemai lebih 700 pokok bunga raya sebagai inisiatif untuk mengembalikan kegemilangannya sebagai bunga kebangsaan. 

“Kita tidak mahu generasi akan datang hanya mengenal pokok bunga raya ini melalui gambar dan sepatutnya pokok ini menjadi landskap utama dalam pembangunan negara,” kata beliau selepas simbolik penyerahan bunga raya unik empat warna kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. 

Katanya, antara spesies pokok bunga raya yang disemai adalah hibiscus hybrid, merah terang (hibiscus coccineus), Cina meningkat (hibiscus rosa-sinensis), bunga sepatu dan kembang sepatu (hibiscus rosasinensis) dan bunga raya putih pusat merah atau bunga pepelut (hibiscus rosa-sinensis hybrid). 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebanyak 220 semaian telah diserahkan di setiap agensi kerajaan negeri sejak Khamis lalu. 

“Kita juga akan menyerahkan bunga raya ini kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dalam masa terdekat.

“Pihak syarikat juga merancang untuk melakukan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjadikan bunga raya ini sebagai tanaman landskap,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya