Polis kesan pencuri barang di farmasi - Utusan Malaysia

Polis kesan pencuri barang di farmasi

TANGKAP LAYAR seorang lelaki tidak menyedari tindakannya mencuri barangan dari sebuah farmasi di Kuala Selangor dirakam CCTV.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Polis mengesan seorang lelaki dikesan mencuri barangan di sebuah farmasi di sini semalam.

Perbuatan lelaki  berusia lingkungan 40-an itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis pada pukul 2.50 petang.

 Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, menerusi rakaman itu kelihatan lelaki itu mengambil barangan sebelum  memasukkan ke dalam beg sandang dibawanya.

  “Seorang pekerja premis  cuba mengejar lelaki tersebut namun gagal. Anggaran kerugian berjumlah RM500,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

  Menurut  beliau, usaha mengesan lelaki masih dijalankan pihaknya sehingga kini dan kes  disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan.

Orang ramai yang ada maklumat  diminta tampil menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32813853.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 51 saat memaparkan aksi seorang lelaki mengambil barangan di dalam sebuah premis.

 Barangan yang diambil seperti ubatan atau produk kesihatan itu dimasukkan ke dalam beg sandang dan kocek seluarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya