Perkeso sumbang barangan makanan kepada mangsa kepala air - Utusan Malaysia

Perkeso sumbang barangan makanan kepada mangsa kepala air

MOHD. Razmi Khalid (kanan) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Zulkifli Wahijan untuk diagihkan kepada penduduk terlibat tragedi kepala air di Gurun hari ini. - UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyampaikan sumbangan 50 kotak barangan makanan kepada mangsa tragedi kepala air pada program Jelajah Sumbangan Infaq Rezeki Utara 2021 di Gurun, di sini hari ini.

Ketua Cawangan Sumber Manusia Ibu Pejabat Perkeso, Mohd. Razmi Khalid berkata, sumbangan tersebut diserahkan kepada Muslim Care Malaysia (MCM) untuk diagihkan kepada mangsa yang berkelayakan di kawasan tragedi tersebut yang berlaku pada 18 Ogos lalu.

Katanya, sumbangan itu adalah hasil kerjasama beberapa agensi antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin.

Pihaknya mengharapkan sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga yang terlibat dalam tragedi itu.

“Program ini dianjurkan sempena sambutan Jubli Emas Ke-50 tahun Perkeso,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan kotak makanan tersebut di Bilik Gerakan MCM di Gurun, hari ini.

Yang hadir sama Pengarah Perkeso negeri, Mohamad Haron Othman dan Presiden MCM, Zulkifli Wahijan.

Pada majlis itu, Mohd. Razmi menyampaikan sumbangan wang tunai RM3,000 kepada mangsa ‘Tsuami Jerai’ itu.

Menurutnya, sebanyak 600 kotak barangan makanan disediakan untuk disampaikan kepada golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 di beberapa negeri sejak Jumaat lalu.

“Golongan yang diberikan tumpuan untuk diagihkan bantuan tersebut adalah pemandu teksi dan kereta sewa.

“Kebanyakan pemandu teksi dan kereta sewa juga mencarum dengan Perkeso dan terkesan akibat pandemik Covid-19,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya