Penghulu derma darah 100 kali sempena ulang tahun ke 51 - Utusan Malaysia

Penghulu derma darah 100 kali sempena ulang tahun ke 51

JAMSARI menunjukkan buku dan sijil yang diperolehinya daripada Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban dekat sini selepas menderma darah sebanyak 100 kali. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tidak seperti kebiasaan, seorang penghulu menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 bukan meraikan dengan memotong kek namun, mengabdikan kenangan istimewa dengan menderma darah kali ke-100 kelmarin.

Jamsari Mohamad yang berasal dari Taman Semarak 2, Nilai dekat sini berkata, dia menderma darah selama 20 tahun dan berjaya menderma sebanyak 100 kali sempena sambutan hari jadinya pada 18 Ogos ini.

Beliau yang juga Penghulu Mukim Port Dickson itu berkata, sejak usianya 18 tahun dia telah mula menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan.

Sehingga kini, dia telah menderma darah selama 20 tahun sempena sambutan hari lahirnya pada 18 Ogos (esok) dan dia nekad untuk menderma darah buat kali ke-100.

“Saya mula menderma darah sewaktu umur 18 tahun ketika bekerja sebagai Pembantu Jualan D’mart Felda Lui Timur, Jempol.

“Selepas itu, saya bertugas sebagai Pengurus D’mart di Felda Ciku 7, Jelai 2 dan terakhir di Felda Ciku 6, Gua Musang, Kelantan dan hanya mampu menderma sebanyak lapan kali kerana lokasi agak jauh untuk menderma darah.

“Selepas saya pulang ke Nilai saya memastikan saya menderma darah sebanyak enam kali setahun,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menderma darah kali ke 100 di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dekat sini kelmarin.

Jamsari yang merupakan penderma darah jenis 0+ berkata, dia menyumbangkan sebanyak 450 milimeter darah setiap kali menderma.

“Sepatutnya saya akan menderma pada 18 Ogos ini (esok) sempena tarikh kelahiran saya namun, terpaksa diawalkan kerana dihubungi pihak tabung darah yang memaklumkan bekalan agak berkurangan,” katanya yang tidak mempunyai sebarang penyakit.

Jamsari aktif menyertai larian jarak jauh dan mendaki bukit itu juga pernah memasuki larian sejauh 160 Kilometer.

“Saya agak aktif menyertai bidang larian kerana mahu badan sihat. Doktor juga ada menyarankan saya untuk mengambil bayam merah , limpa , hati lembu, daging agar darah cepat dibentuk dan diproses,” katanya.

Menurutnya, dia mahu menderma sebanyak 150 kali menjelang usia 60 tahun.

“Saya akan teruskan rutin ini kerana ia dapat membantu ramai orang (yang memerlukan) dan berharap lebih ramai tampil untuk menjadikan aktiviti menderma darah ini sebagai sumbangan kepada masyarakat.

“Bagi saya selain wang ringgit ini adalah satu bentuk sumbangan saya kepada masyarakat.

“Saya juga menggalakkan anak-anak saya untuk menderma sehingga kini, tiga daripada lima anak saya mula menjadikan derma darah sebagai satu amalan. Bagaimanapun, isteri tidak menderma darah kerana mempunyai tekanan darah rendah,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya