Pencuci kereta tak mengaku salah seludup migran - Utusan Malaysia

Pencuci kereta tak mengaku salah seludup migran

V. Surindaran tak mengaku bersalah atas dakwaam menyeludup migran ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada 4 Ogos 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang pekerja cuci kereta mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup tiga migran pada awal bulan lalu.

V. Surindaran, 30, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsiah Ujang.

Mengikut pertuduhan, Surindaran melakukan penyeludupan tiga migran iaitu Arzani, 33, Meri Andani, 28, dan Musayadi, 50.

Surindaran didakwa melakukan perbuatan itu di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Kota Tinggi- Felda Inas Kulai, pukul 4.10 petang, 7 Julai lalu.

Pertuduhan ke atas Surindaran dilakukan di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Firdaus Adnan, Wafiq Hadie dan Hilmi Sulaiman.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Norsiah menetapkan tarikh sebutan pada 2 September ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya