Pelanggan tiada, peniaga Pasar Besar Dungun bakal gulung tikar - Utusan Malaysia

Pelanggan tiada, peniaga Pasar Besar Dungun bakal gulung tikar

SUASANA di Pasar Besar Dungun, Terengganu yang semakin dijauhi pelanggan hingga menyebabkan beberapa peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Lebih 500 peniaga di Pasar Besar Dungun di sini, bakal gulung tikar berikutan kekurangan pelanggan sejak bulan lalu.

Keadaan itu didakwa disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Kuala Dungun dan Sura yang berlanjutan hingga kini, sekali gus menyebabkan orang ramai selesa membeli bekalan barangan di sekitar rumah masing-masing.

 

WAN IZHAM WAN JUSOH

Seorang peniaga ikan, Wan Izham Wan Jusoh, 38, berkata, orang ramai menjauhi pasar berkenaan kerana menganggapnya tidak selamat susulan pernah mencetuskan kluster Covid-19 sebelum ini.

“Sedangkan pasar ini terutama peniaga sudah bebas daripada Covid-19 di samping premis yang telah melalui proses nyah kuman.

“Walaupun kita dibenarkan berniaga semula tetapi apa ertinya jika pembeli tiada. Kalau berterusan begini, pening kepala saya memikirkan masa depan perniagaan,” katanya ketika ditemui semalam.

MOHAMAD NOR NAZMI NASIR

Sementara itu, peniaga kedai makan, Mohamad Nor Nazmi Nasir, 33, berkata, pendapatannya merosot lebih 50 peratus sejak jangkitan Covid-19 menular di Pasar Besar Dungun.

Katanya, ramai dalam kalangan rakan-rakannya sudah menutup perniagaan masing-masing kerana tiada sambutan mengakibatkannya bimbang gilirannya tiba.

“Untuk mendapatkan RM100 sehari cukup susah sebab pelanggan masih bimbang ke pasar walaupun peniaga yang terkena Covid-19 sudah sembuh,” katanya.

PKPD di Mukim Kuala Dungun dan Sura dilanjutkan selama dua minggu lagi hingga 30 Ogos ini melibatkan sebanyak 33 lokaliti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya