Menteri nafi PM letak jawatan hari ini - Utusan Malaysia

Menteri nafi PM letak jawatan hari ini

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua menteri menolak spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat.

DR RONALD KIANDEE

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, beliau tidak pernah diberitahu sama ada Muhyiddin berniat untuk meletak jawatan.

“Tak dengar rumor (khabar angin) itu,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sebaliknya, katanya, parti dalam komponen Perikatan Nasional (PN) terus memberi sokongan padu kepada Muhyiddin untuk menerajui negara.

Mohd. Redzuan
Md. Yusof

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof juga mengesahkan bahawa Muhyiddin tidak akan meletak jawatan serta-merta.

“Tidak betul. Perdana Menteri tidak akan meletak jawatan hari ini. Setelah mesyuarat Kabinet hari itu, semua ketua parti komponen mengulangi sokongan mereka kepada Perdana Menteri.

“Saya tahu Muhyiddin, beliau tidak akan meninggalkan tanggungjawabnya kepada negara. Ada proses dan prosedur yang tepat untuk mencabar sokongan Perdana Menteri dan itu adalah melalui Parlimen, jadi kita akan melihat apa yang terjadi nanti,” katanya.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan bertemu dengan pemimpin-pemimpin utama PN selama dua jam di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pertemuan itu menimbulkan spekulasi Muhyiddin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya