MAIS agih 1,147 set makanan - Utusan Malaysia

MAIS agih 1,147 set makanan

AHMAD Shahir Makhtar (dua dari kiri) mengagihkan sumbangan kepada pengusaha PBSSPKL - IHSAN MAIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan sebanyak 1,147 set makanan asasi kepada Persatuan Bas Sekolah Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) bermula Sabtu lalu dan dijangka selesai esok.

Setiausahanya, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, sumbangan itu bertujuan membantu pengusaha-pengusaha bas sekolah terutama di Selangor yang terjejas teruk akibat daripada pandemik Covid-19.

Kata beliau, pihaknya memperuntukkan sejumlah RM114,700 bagi menyediakan setiap satu set sumbangan tersebut seperti beras, minyak, tepung dan gula bernilai RM100.

“Insya-Allah sumbangan yang disampaikan oleh MAIS akan kita edarkan kepada ahli selewatnya sehingga Selasa ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berharap bantuan seumpama itu dapat diteruskan padai masa akan datang dan merayu agar dapat diteruskan sekiranya sekolah masih tidak dibuka pada tahun ini.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah boleh layari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya