MAFI Prihatin bantu 71,491 penerima di 400 lokasi seluruh negara - Utusan Malaysia

MAFI Prihatin bantu 71,491 penerima di 400 lokasi seluruh negara

RONALD Kiandee (dua kiri) menerima sumbangan daripada wakil Keropok House & Industry Sdn Bhd pada Program MAFI Prihatin CSR Rakan Strategik Jabatan Perikanan Malaysia di perkarangan Wisma Tani, Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sudah menyalurkan bantuan mencecah RM5.4 juta kepada penerima kumpulan sasar di bawah Program MAFI Prihatin yang dilancarkan awal tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, sejak 1 Jun hingga 8 Ogos tahun ini, seramai 71,491 penerima di 400 lokasi seluruh negara menerima manfaat bantuan tersebut.

Menurutnya, program itu yang dilaksanakan dengan kerjasama semua jabatan dan agensi di bawah MAFI akan diteruskan bagi membolehkan lebih banyak golongan sasar terdiri daripada pasukan barisan hadapan, badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapat manfaat.

“Bantuan MAFI Prihatin juga diberikan kepada golongan yang terkesan akibat banjir dan bencana alam serta badan kebajikan dan NGO yang memerlukan,” jelasnya pada Program MAFI Prihatin Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Rakan Strategik Jabatan Perikanan (DOF) di Wisma Tani hari ini.

Ronald berkata, sebanyak 11 rakan strategik Jabatan Perikanan (DOF) telah menyerahkan sumbangan bakul makanan yang bernilai kira-kira RM34,000 untuk agihan.

“Lokasi pertama penyerahan bakul makanan MAFI Prihatin DOF ini akan diadakan di Pulau Tioman, Pahang kemudian disusuli Port Dickson, Negeri Sembilan dan gugusan Kepulauan Lima, Johor

“Lokasi lain termasuklah Pulau Pinang, Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu, Melaka serta Selangor,” katanya.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 630 bakul makanan akan diserahkan kepada kumpulan sasar sektor perikanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya