Lagi MKT UMNO letak jawatan dalam kerajaan - Utusan Malaysia

Lagi MKT UMNO letak jawatan dalam kerajaan

Rosni Sohar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) yang berkuat kuasa semalam.

Katanya, beliau sebagai ahli MKT turut setia dan patuh atas ketetapan yang dibuat oleh pihak parti selaras dengan keputusan peletakan jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan yang diputuskan dalam MKT pada 3 Ogos lalu.

“UMNO merupakan sebuah parti keramat yang memperjuang dan mendukung titah Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berpelembagaan seperti yang termaktub di dalam asas dan tujuan UMNO mengikut Fasal 3.

“Akhir kata, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan PTPTN kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, akhbar dan portal melaporkan, Noraini meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa serta merta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya