KPWKM sedia membantu keluarga arwah Siti Sarah - Utusan Malaysia

KPWKM sedia membantu keluarga arwah Siti Sarah

GAMBAR kenangan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan Shuib bersama anak-anak mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) sedia membantu anak-anak penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia, semalam.

RINA HARUN

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya akan membantu mereka sekiranya suami Allahyarham, Shamira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib memerlukannya.

“Bantuan itu tidak semestinya dalam bentuk kewangan tetapi dari segi emosi juga.

“Insya-Allah sekiranya diperlukan, kita sedia membantu anak-anak Allahyarhamah Sarah dan Shuib,” katanya selepas menziarahi keluarga Intan Iewanina di Flat Sri Perantau, di sini hari ini.

Semalam, negara dikejutkan dengan kematian Siti Sarah, 37, yang meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pukul 5.13 pagi seperti dimaklumkan suami, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 4 hari selepas bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Dalam pada itu, Rina menzahirkan ucapan takziah kepada Shuib sekeluarga atas pemergian Siti Sarah sambil berharap keluarganya tabah menghadapi dugaan ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN