PETALING JAYA: Empat pemimpin dilantik sebagai menteri kanan dalam pembentukan senarai Kabinet baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Empat nama terlibat adalah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kanan Kerja Raya; Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang akhbar pengumuman Kabinet hari ini. – UTUSAN ONLINE