JKKP siasat buruh maut ketika tukar bumbung kilang  - Utusan Malaysia

JKKP siasat buruh maut ketika tukar bumbung kilang 

LOKASI kejadian seorang pekerja sebuah kilang yang maut selepas terjatuh ketika melakukan kerja menukar bumbung di Butterworth, Pulau Pinang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri menyita sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Prai di sini susulan seorang buruh am maut ketika melakukan kerja menukar bumbung di kilang itu kelmarin. 

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata, kilang itu akan  disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994  atas kesalahan gagal menyediakan sistem kerja selamat bagi kerja-kerja penukaran bumbung sehingga menyebabkan kemalangan meragut nyawa. 

“Majikan diarahkan menyediakan dokumen tambahan bagi membantu proses siasatan lanjut.

“Tindakan perundangan akan diambil  sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” jelas kenyataan itu. 

Kejadian berkenaan  berlaku  pukul 11.45 pagi kelmarin  apabila seorang  buruh am warga tempatan terjatuh dari bumbung pada ketinggian kira-kira 5.5 meter. 

Mangsa  berusia 45 tahun ketika itu melakukan kerja-kerja menukar  zink tetapi memijak bahagian yang rapuh  menyebabkan dia jatuh dan meninggal dunia. – UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya