PETALING JAYA: Pelakon Badrol Shah, memberitahu bahawa isteri tercintanya, Farah Shila Mazlan, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 8.15 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur, akibat virus Covid-19.
Menerusi entri Instagram, dia berkongsi berita duka tersebut selepas 45 hari arwah isterinya bertarung nyawa melawan virus berkenaan di hospital tersebut.
“Isteri saya baru menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi pada jam 8.15 pagi, di Hospital Kuala Lumpur. Setelah 45 hari bertarung dengab Covid-19” tulisnya ringaks di Instagram.
Dalam pada itu, beberapa kenalannya serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah kepadanya dan berharap dia tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.
Sebelum ini, arwah isterinya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), di hospital yang sama akibat virus tersebut.