PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada suku kedua tahun ini sebanyak 16.1 peratus daripada -0.5 peratus pada suku pertama. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, prestasi ekonomi disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik dan prestasi eksport yang terus mantap. Jelasnya, pertumbuhan yang kukuh itu juga mencerminkan asas yang rendah berikutan kemerosotan aktiviti yang ketara pada suku kedua tahun lalu. “Kegiatan ekonomi meningkat pada awal suku kedua namun kemudiannya menurun berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan yang lebih ketat di seluruh negara di bawah Perintah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya