“Bukan cantik dicari tapi redha rahmat Ilahi” - Nana Mahazan - Utusan Malaysia

“Bukan cantik dicari tapi redha rahmat Ilahi” – Nana Mahazan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti, Nana Mahazan meluahkan rasa bahagia apabila dihujani ucapan salam penghijrahan daripada orang ramai buat dirinya yang sudah mula berhijab.

Menzahirkan rasa di Instastory miliknya, selebriti cantik ini turut memohon maaf andai selama ini ada khilaf yang dilakukan tanpa disedari.

“Allah Maha Besar, terima kasih semua yang mesej secara terus (direct message). Tidak dapat jawab semua.

“Harap semua dapat berlapang dada, saya cuba. Bukan cantik dicari, hanya redha rahmat daripada Ilahi.

“Maafkan saya kalau ada khilaf, salah dengan sesiapa ya. Maafkan saya, saya maafkan semua,” coretnya.

Sebelum ini antara selebriti tanah air lain yang turut melangkah ke arah kebaikan ialah Aliff Aziz, Vicha, Elizad dan Betty Rahmad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya