Bertabahlah Andi.... - Utusan Malaysia

Bertabahlah Andi….

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Andi Bernadee yang Poklip kenal memang sangat happy go lucky. Dia seorang yang sangat senang untuk diajak berbual. Peramah orangnya juga tau. Kalau diajak berborak, ada sahaja lawaknya.

Tetapi Poklip perasan seperti ada perubahan ketara dengan sikap dan peribadi Andi ketika sesi sidang media baru-baru ini. Dia kelihatan sugul, lemah dan tidak bermaya. Tubuhnya juga semakin kurus dan cengkung.

Malah nadanya ketika memberi penjelasannya juga tidak seperti Andi yang dahulu. Dia juga jarang memuat naik gambar dan video di media sosial seperti selalu. Kalau tidak, ada sahaja lawak dan jenakanya.

Tidak tahu kenapa, tetapi Poklip sedih melihatkan keadaan Andi begitu. Kami agak rapat sebagai rakan media. Setakat ini, penyanyi itu jarang menolak kalau rakan media meminta tolong.

Kita semua sedia maklum, Andi sebelum ini mendakwa dirinya telah disihir. Sekarang, dia berdepan pula dengan dakwaan ditipu rakan baiknya sendiri. Bukan sedikit ya jumlah, RM70,000 tau.

Poklip hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Andi. Semoga kebenaran terserlah dan pesalah akan segera dihukum. Jangan buat main ya dengan doa orang yang dianiaya. Mudah makbul.

Andi bagi Poklip seorang anak seni yang mempunyai masa depan cukup cerah dalam industri. Suaranya sedap, lakonannya hebat dan punya bakat mengacara juga. Semoga perjalanannya dalam industri dipermudah.

Kalau benar dia ‘dibuat’ orang, sudah-sudahlah. Jangan mensiakan-siakan hidup seseorang demi kepentingan peribadi. Allah itu ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya