Bantuan RM1 juta urus mayat bukan Islam  - Utusan Malaysia

Bantuan RM1 juta urus mayat bukan Islam 

HALIMAH Mohamed Sadique (tengah) ketika meninjau operasi PUSARA HKL, Khamis lalu. Foto FB Kementerian Perpaduan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan bantuan kewangan berjumlah RM1 juta kepada Pusat Sehenti Sementara, Hospital Kuala Lumpur (PUSARA HKL) bagi tujuan pengurusan mayat warga tempatan bukanIslam. 

Ia berikutan beberapa isu termasuk keupayaan kewangan untuk membayar kos perkhidmatan pengurusan mayat khususnya dalam kalangan B40 yang dikenal pasti menjadi punca kelewatan pengurusan mayat di PUSARA HKL selain kekurangan sumber manusia bagi menguruskan mayat termasuk urusan penyelarasan dengan waris. 

KPN dalam kenyataan berkata, bantuan kewangan itu meliputi RM500,000 di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi pengurusan mayat bukan Islam rakyat Malaysia. 

Jelas kenyataan, ia turut meliputi bantuan RM500,000 di bawah Program Pembangunan Kampung Baru bagi pengurusan mayat kaum Cina.

“Bantuan ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan waris dalam kalangan B40,” kata kenyataan tersebut.

Jelas kenyatan sama lagi, KPN  turut menjalinkan kerjasama dengan dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Malaysian Society for Disaster Victim Identification (MSDVI) dan Yayasan Prihatin Wilayah (PRIVO) melibatkan 60 orang sukarelawan bagi membantu melicinkan urusan logistik di pihak PUSARA HKL.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berharap inisiatif itu akan dapat membantu PUSARA HKL dalam pengurusan mayat warga tempatan selain Islam yang berada di dalam penyimpanan bilik mayat. 

Khamis lalu, Halimah turun padang meninjau PUSARA HKL  bagi memahami keadaan sebenar operasi pusat itu dalam menguruskan mayat warga tempatan bukan Islam. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya