ABIM gesa henti pembalakan - Utusan Malaysia

ABIM gesa henti pembalakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengulangi petisyen terhadap kerajaan untuk mengeluarkan satu perintah moratorium khas menghentikan sebarang aktiviti pembalakan sebagai solusi bencana banjir, baru-baru ini.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz selaku Penyelaras Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN) berkata, gesaan itu dibuat berikutan seluruh dunia pada masa ini termasuk Malaysia sedang memasuki fasa ‘Darurat Iklim’

“Beberapa insiden bencana banjir berlaku dalam negara membuktikan bahawa kita  memasuki fasa perubahan iklim termasuk angin monsun, terutama bahagian Pantai Timur yang terdedah kepada banjir besar.

“Perubahan iklim menyebabkan berlakunya ketidaktentuan cuaca ketika ini dengan keadaan ketidakbolehjangkaan sesuatu musim melanda seperti musim tengkujuh, maka hujan  dengan taburan berbeza pada sesuatu masa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, dilaporkan banjir melanda di kawasan Pantai Barat terutamadi Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis mengakibatkan kawasan terlibat terjejas teruk.

Utusan Malaysia melaporkan, Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan negeri terlibat terutama Kedah menyegerakan bantuan kepada mangsa terlibat.

Menurut Muhammad Faisal, kemudahan membendung limpahan air yang dikhuatiri tidak berfungsi akan mengakibatkan banjir besar berlaku, maka pihak berkuasa dan masyarakat perlu mengambil berat terhadap perkara ini.

Tambahnya, hutan adalah kaedah paling murah dan berkesan dalam menangani isu perubahan cuaca dan iklim dengan memerangkap gas karbon diaoksida yang menjadi punca kepada perubahan tersebut.

“Perkara ini perlu dipertegas bahawa aktiviti pembalakan berleluasa dengan penebangan hutan tanpa kawalan menjadi punca utama, yang sepatutnya dipertahan malah diperbanyakkan sekiranya kerajaan benar-benar serius menangani isu ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya