19 panduan larangan merokok di premis kerajaan - Utusan Malaysia

19 panduan larangan merokok di premis kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Ogos 1982, Utusan Malaysia melaporkan larangan merokok yang dikeluarkan kerajaan minggu lalu turut meliputi dalam kenderaan-kenderaan rasmi kerajaan. Ia salah satu daripada 19 garis panduan yang terkandung dalam pekeliling yang diedarkan ke semua jabatan kerajaan.

Sumber Jabatan Perdana Menteri memberitahu, larangan menghisap rokok dalam semua pejabat kerajaan dan badan berkanun Persekutuan dan Negeri meliputi juga orang awam yang berurusan dengan pejabat-pejabat berkenaan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 24 Ogos 1972
    Kapal terbang sulung MAS Boeing 737- 200 tiba di Lapangan Terbang Subang.
  • 24 Ogos 1975
    Malaysia menerima pinjaman Bank Dunia berjumlah RM273.8 juta bagi membiayai tiga projek besar iaitu Hidroelektrik Temenggor, Rancangan Tanah Keratong dan penyelidikan pertanian.
  • 24 Ogos 1979
    Tiga filem baharu akan ditayangkan sempena Aidilfitri iaitu Gila-Gila arahan Omar Rojik, Detik 12 Malam (S.Sudarmaji) dan Tuan Badul (Jamil Sulong).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya