12 Orang Asli di Kampung Guntur positif Covid-19 - Utusan Malaysia

12 Orang Asli di Kampung Guntur positif Covid-19

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Susulan pengesanan 12 kes positif Covid-19 di Kampung Orang Asli Guntur, Batu Kikir dekat sini sehingga mewujudkan kluster baharu, ujian saringan RT-PCR dilakukan ke atas  192 penduduk di kampung tersebut semalam.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, kakitangan jabatan kesihatan daerah telah mengambil 192 sampel penduduk di siti di balai raya kampung berkenaan.

“Sebanyak 12 kes positif  dikesan melalui Kluster Guntur sebelum ini. Jadi  program saringan bersasar telah diadakan. Program saringan berjalan lancar, selain diadakan di balai raya, tiga pasukan juga ditubuhkan bagi tujuan yang sama dari rumah ke rumah,” katanya hari ini.

Menurut Mohd. Faizal, penduduk yang telah disaring diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 10 hari.

Sehubungan itu, kata beliau,  bantuan barangan makanan seperti beras, sayur, ayam dan ikan diberikan diagihkan kepada penduduk terlibat.

“Mereka  diarahkan menjalani kuarantin 10 hari, keputusan saringan dijangka diperoleh dalam masa tiga hingga empat hari lagi,” kata beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN