Terlantar jatuh pokok, tukang kebun resah tiada kerja - Utusan Malaysia

Terlantar jatuh pokok, tukang kebun resah tiada kerja

MOHD. Asri Yacob retak tulang belakang akibat jatuh dari pokok gemia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tapah, Hulu Terengganu, baru-baru ini. - NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang tukang kebun sekolah resah kehilangan punca pendapatan untuk menampung keluarganya selepas terlantar lebih seminggu akibat terjatuh dari pokok, baru-baru ini.

Mohd. Asri Yacob, 48, yang retak tulang belakang dinasihatkan supaya berehat sehingga tiga bulan selain tidak boleh melakukan kerja-kerja berat.

Bagaimanapun, bapa kepada lima anak itu terpaksa mengagahkan dirinya berjalan di dalam rumah dengan menggunakan bantuan tongkat semata-mata untuk segera sihat dan kembali bekerja.

“Keluarga bergantung sepenuhnya kepada saya, jika cuti terlalu lama saya bimbang risiko diberhentikan kerja.

“Dalam keadaan Covid-19 pada masa ini  susah untuk saya mendapatkan pekerjaan lain terutama dengan usia yang makin lanjut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tapah di sini.

Menurut Mohd. Asri, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika dia memanjat pokok gemia setinggi lima meter di belakang rumah sebelum dahan yang dipijak patah, bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami  kecederaan serius. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN