PETALING JAYA: Kejadian dua pelajar universiti yang meninggal dunia selepas mengadu pening kepala malah difahamkan mereka sering berjaga sehingga dua tiga pagi bagi menyiapkan tugasan diberikan, mencuri tumpuan ramai.
Rata-rata pelajar tampil membuat pengakuan pembelajaran terbuka dan secara jarak jauh (ODL) yang dilalui mereka bukanlah suatu perkara yang mudah.
Ada juga yang meluahkan rasa kecewa dengan sistem pendidikan di tempat pengajian yang mengadakan ujian di luar waktu kelas.
Namun, kata-kata seorang wanita menerusi akaun Twitternya bahawa pelajar sekarang terlalu manja dan kuat mengeluh tidak seperti zaman beliau dahulu mengundang maklum balas netizen lain di lamam media sosial.
Rata-rata netizen menyifatkan kenyataannya kurang empati.
“Open your eyes yang mati tu bukan manja. They did all, they just don’t survive,” kata seorang netizen.
“Takut nak sambung study time sekarang ni, dah serik dah SPM hari tu,” tambah netizen.
“Two death in two day’s isn’t a joke and should’ve been taken seriously. If it involved with death tu bukan manja lagi ye,” tulis seorang lagi netizen. – UTUSAN ONLINE