Tarik balik sokongan kepada Muhyiddin tak kena masa - Utusan Malaysia

Tarik balik sokongan kepada Muhyiddin tak kena masa

P. SIVAMURUGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Keputusan UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta-merta disifatkan tidak sesuai dan tidak kena pada masanya ketika negara berada pada tahap paling kritikal berdepan cabaran pandemik Covid-19. 

Pemerhati politik yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. P. Sivamurugan berkata, UMNO sepatutnya lebih berhati-hati kerana tindakan parti itu sedang dinilai rakyat. 

Apatah lagi kata beliau, majoriti rakyat kini membabitkan komuniti maya yang mana pelbagai informasi dan maklumat termasuk penilaian terhadap tindak-tanduk UMNO sedang diperbahaskan. 

“Rakyat kini juga merasakan mereka sudah boleh menjaga sesama sendiri tanpa bergantung kepada pemimpin politik. 

“Ini bermakna, kepercayaan perlu dibina semula oleh ahli politik termasuk pemimpin UMNO, bukannya dilihat seolah-olah ghairah mencari kedudukan dan kuasa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi mengumumkan menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri. 

Sehubungan itu, jelas Ahmad Zahid, UMNO mendesak supaya Muhyiddin berundur daripada jawatan nombor satu secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad. 

Ditanya berkenaan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ekoran keputusan UMNO tersebut, Sivamurugan berkata, jawatan Perdana Menteri adalah tidak terjejas atau tergugat. 

Ini kerana katanya, kedudukan Perdana Menteri adalah ditentukan oleh Ahli Parlimen melainkan kesemua Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya