Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’, lokasi pengurusan jenazah Covid-19  - Utusan Malaysia

Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’, lokasi pengurusan jenazah Covid-19 

TANAH Perkuburan Islam Raudhatul Baqi' Cyberjaya (dahulu dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam Cyber 10).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ di Cyberjaya dijadikan sebagai salah satu lokasi pengebumian jenazah Covid-19 dari Hospital Serdang.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ketika lawatan rasminya ke Hospital Serdang, baru-baru ini.

“Sebanyak 20 liang lahad sudah disediakan dan pihak pengurusan sedia menerima bagi menguruskan pengebumian jenazah pada bila-bila masa.

“Perkhidmatan pengurusan yang disediakan di tanah perkuburan ini adalah menerima permohonan pengebumian, pengurusan jenazah, pengawasan dan penyelenggaraan tanah perkuburan,” katanya melalui perutusan Mesyuarat Ahli Majlis MPSepang Bil 7/2021 hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Hamid memaklumlan bahawa waktu operasi pengkebumian pula bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

“Pengebumian di luar waktu operasi hanya dijalankan berdasarkan kes tertentu dengan kebenaran pihak pengurusan MPSepang,” katanya.

Beliau berkata, Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ Cyberjaya yang dahulunya dikenali Tanah Perkuburan Islam Cyber 10 adalah di bawah pengurusan dan pentadbiran MPSepang yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Kubur Raudhatul Baqi’, Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Sehubungan itu, beliau berharap tanah perkuburan di bawah Pengurusan Jenazah Covid-19 Berpusat itu dapat mengurangkan masa pengurusan mayat selain mengelak kesesakan di Jabatan Forensik di Hospital Serdang.

Jelasnya, tanah perkuburan seluas 1.89 hektar dengan sembilan zon itu mampu memuatkan lebih 1,500 unit kubur termasuk untuk dewasa, kanak-kanak dan kubur anggota badan.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, Abd. Hamid berkata, perkhidmatan mengurus jenazah Covid-19 bagi bukan beragama Islam pula akan dilaksanakan di Kubur Bersepadu Sepang di Pekan Sepang bagi tujuan pengebumian dan urusan krematorium bersesuaian. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya