SOP buat semua  termasuk warga asing  - Utusan Malaysia

SOP buat semua  termasuk warga asing 

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua individu di negara ini, wajib mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan kerajaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini termasuk warga asing dan juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Menurut beliau, kerajaan mengarahkan semua agensi penguatkuasaan mengambil tindakan tegas kepada semua pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan dalam negara.

“Semua pihak seharusnya memberi kerjasama kepada anggota penguatkuasaan yang sedang menjalankan tugas bagi memastikan kedaulatan negara dan kepentingan awam dipelihara,” kata beliau menerusi Facebook hari ini.

Hamzah  mengulas demikian berhubung beberapa isu termasuk seramai 49 individu termasuk seorang warga tempatan ditahan di Juru, Pulau Pinang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di luar pekarangan Surau Taman Pelangi semalam.

Isu membabitkan kira-kira 30 warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan kerana mengadakan jamuan Aidiladha di sebuah rumah di Taman Selayang Utama, Batu Caves.

Turut  menarik perhatian apabila seorang lelaki yang tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak tergamak mempertikai tugas polis dengan mengeluarkan kata kesat ditahan polis daerah Petaling Jaya, semalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya