TOKYO: Sahabat sejak kecil, Lee Yang dan Wang Chi-lin memenangi pingat emas badminton beregu lelaki di Olimpik Tokyo 2020 hari ini, sekali gus menghadiahkan pingat pertama Taiwan dalam temasya sukan terbesar dunia itu.
Gandingan tersebut menewaskan beregu China, Li Junhui dan Liu Yuchen 21-18, 21-12 dalam perlawanan akhir yang hanya berlangsung 34 minit.
China memenangi pingat emas beregu campuran semalam dan berharap untuk menyapu bersih emas badminton di Tokyo 2020.
Begitupun, Lee Yang dan Wang Chi-lin juga beregu No. 3 dunia terlalu kuat dan memenangi emas selepas menewaskan pasangan No. 1 serta No. 2 dunia dari Indonesia dalam laluan melangkah ke final.
Taiwan berpeluang menang satu lagi emas dalam acara perseorangan wanita apabila pemain No. 1 dunia, Tai Tzu-ying menewaskan pemain India, P.V Sindhu di separuh akhir, hari ini.
Tzu-ying mengalahkan menewaskan juara dunia itu 21-18, 21-12 untuk menempah pertemuan dengan Chen Yufei di final.
“Saya bermain dengan baik hari ini. Saya tidak membuat banyak kesilapan, jadi tekanan agak kurang,” kata Tzu-ying. – AFP