PKD Pontian hanya panggil kontak rapat - Utusan Malaysia

PKD Pontian hanya panggil kontak rapat

DR. SURINAH ASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian menafikan seluruh penduduk Kampung Seri Bunian, di sini perlu menjalani ujian calitan sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial, sejak semalam.

Pegawai Kesihatan Kanan PKD Pontian, Dr. Surinah Asan berkata, hanya kontak rapat dan saudara mara terdekat yang datang ke rumah salah seorang penduduk meninggal dunia pada 4 Julai lalu diminta berbuat demikian.

Katanya, setakat ini  39 penduduk  menjalani ujian calitan dan hanya beberapa orang daripadanya disahkan positif Covid-19.

“Mereka yang perlu menghubungi PKD dengan kadar segera adalah mereka yang datang melawat ke rumah Allahyarham sebelum dia dimasukkan ke Hospital Pontian,” katanya ketika dihubungi di sini.   

Semalam, tular dalam media sosial yang meminta orang ramai tidak memasuki Kampung Seri Bunian disebabkan seluruh penduduk kampung perlu menjalani ujian calitan yang dikhuatiri boleh mencetuskan kluster baharu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya