Perdana Menteri ucap tahniah Hari Keputeraan Agong - Utusan Malaysia

Perdana Menteri ucap tahniah Hari Keputeraan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-62 semalam.

Perdana Menteri, menzahirkan ucapan itu menerusi satu poster dalam hantaran di laman sosial Facebook dan Twitter beliau dengan kapsyen Daulat Tuanku.

Menerusi poster itu, Muhyiddin merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke atas Al-Sultan Abdullah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluk baginda.

“Semoga Allah memberkati pemerintahan berjiwa rakyat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” tulis dalam poster itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya