Pekerja asing tak patuh SOP boleh diusir - Utusan Malaysia

Pekerja asing tak patuh SOP boleh diusir

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majikan yang membiarkan pekerja asing berkeliaran dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh pelaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan tindakan tegas selain pekerja berdepan tindakan diusir.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, majikan yang menggaji pekerja asing perlu bertanggungjawab memastikan pekerja tidak keluar dari penempatan setelah habis bekerja.

Menurut beliau, Jabatan Imigresen melalui Op Patuh akan memastikan supaya pihak yang tidak mematuhi SOP dan melanggar undang-undang dikenakan tindakan termasuk warga asing itu sendiri.

“Sejak Januari hingga 9 Julai lalu, sebanyak 2,012 operasi penguatkuasaan dijalankan.

“Dalam tempoh itu, seramai 53,201 individu diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 9,245 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan majikan (99 orang ditahan) ,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Katanya, bagi tempoh sama juga, seramai 18,137 orang PATI diusir yang melibatkan 14,134 orang lelaki diikuti wanita (2,880 orang) dan kanak-kanak (1,123 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya