Parlimen Maran sumbang 50 ekor lembu korban secara pandu lalu - Utusan Malaysia

Parlimen Maran sumbang 50 ekor lembu korban secara pandu lalu

ISMAIL Abd.Muttalib (kiri) membaca ikrar penyerahan lembu korban secara pandu lalu kepada wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pekarangan Pejabat Agama Islam Daerah Maran di Maran, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Sebanyak 50 ekor lembu disumbangkan kepada petugas barisan hadapan dan masjid dalam Parlimen Maran secara pandu lalu untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha, Selasa ini. 

Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, sumbangan lembu korban di pekarangan Pejabat Agama Islam Maran itu adalah agenda tahunan Parlimen Maran sempena Aidiladha.

Menurut beliau, selain masjid turut mendapat sumbangan lembu korban ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Angkatan Pertahanan Awam Malayais (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah ini.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu orang ramai mendapat agihan daging dalam suasana ketat patuh prosedur operasi standard (SOP) ekoran pandemik Covid-19 sempena Hari Raya Aidiladha.

“Pahang membenarkan pelaksanaan ibadah korban tahun ini, tertakluk kepada syarat dan pematuhan terhadap SOP,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, mengikut istilah fiqah, korban bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu, kerbau atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya