Naik lori bomba pergi potong ‘gelang pink’ - Utusan Malaysia

Naik lori bomba pergi potong ‘gelang pink’

ANGGOTA bomba dari BBP Merlimau, Jasin, Melaka membantu mengangkat seorang lelaki dengan berat 180 kilogram untuk dihantar ke Hospital Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Kakitangan Hospital Melaka dekat sini terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba untuk membantu mengangkat dan membawa seorang lelaki obesiti seberat 180 kilogram bagi memotong gelang pengawasan dipakainya, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.57 petang tadi.

Katanya, tujuh anggota bersama-sama dua jentera termasuk lori angkut  ke rumah lelaki itu di Kampung Paya Lengkong, Merlimau di sini dan tiba empat minit kemudian.

“Hospital Melaka meminta pasukan bomba untuk membantu mengangkat dan membawa seorang lelaki berusia anggaran 35 tahun yang mengalami masalah berat badan kira-kira 180 kilogram ke sana.

“Dimaklumkan pihak hospital ingin memotong gelang merah jambu yang dipakainya selepas telah tamat tempoh kuarantin di rumah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohamad Faisal berkata, operasi itu mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum lelaki tersebut berjaya dibawa naik ke atas lori. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN