Mayat dan bendera hitam di Dataran Merdeka - Utusan Malaysia

Mayat dan bendera hitam di Dataran Merdeka

SEKRETARIAT Solidariti Rakyat di Dataran Merdeka membawa dua simbol iaitu mayat dan bendera hitam sebagai tanda kerajaan gagal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan(NGO), Sekretariat Solidariti Rakyat, penganjur bersama Himpunan #Undi18Now mengadakan himpunan di Dataran Merdeka bagi menyatakan kekecewaan mereka kepada kerajaan dalam menangani kes Covid-19.

Mereka membawa dua simbol iaitu ‘mayat’ dan ’14 bendera hitam’ sebagai isyarat kegagalan tersebut.

Dalam himpunan itu juga, mereka mendesak kerajaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur kerana mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal membendung pandemik Covid-19.

Himpunan tersebut menjelaskan simbol mayat adalah lambang jumlah kematian yang semakin tinggi dan kes bunuh diri yang berleluasa, sementara kibaran 14 bendera hitam sebagai isyarat kemarahan rakyat di setiap negeri dan wilayah.

“Rakyat akan mati kelaparan akibat tiada pendapatan atau mati akibat terkena jangkitan Covid-19 dan Perdana Menteri masih boleh buat lawak bodoh untuk menaikkan bendera biru,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya