Malaysia `merudum’ dalam menangani  isu pemerdagangan manusia, buruh   - Utusan Malaysia

Malaysia `merudum’ dalam menangani  isu pemerdagangan manusia, buruh  

SEBAHAGIAN buruh binaan warga asing yang ditahan pihak berkuasa di tapak pembinaan bangunan di Kepala Batas, Pulau Pinang atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mematuhi SOP Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia memandang serius Laporan Tahunan 2021 diterbitkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengenai isu pemerdagangan manusia.

 Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pihak kementerian itu mengambil maklum isu tersebut apabila Malaysia diletakkan pada tier tiga dalam laporan berkenaan baru-baru ini.

 “Cabaran dalam menangani isu perburuhan khususnya pekerja warga asing akan terus diberi perhatian oleh kementerian secara berterusan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. Beliau merujuk berita disiarkan media asing yang melaporkan kedudukan Malaysia jatuh teruk kepada tier tiga setelah merudum sebagai tier kedua pada 2018.

 Tahap terburuk itu menunjukkan situasi buruh di Malaysia berada di bawah paras standard minimum antarabangsa sekali gus bakal menjejaskan pelbagai bantuan AS kepada negara ini.

 Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kementerian bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk giat membangunakan segera Pelan Tindakan Nasional.

 “Ia dijangka dimuktamad  suku keempat tahun ini yang akan menangani permasalahan buruh paksa dan buruk kanak-kanak secara lebih bersepadu di seluruh negara,” katanya.

 Malah ujar Saravanan, kementerian itu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pemerdagangan Buruh turut berkolaborasi dengan pihak Kementerian Dalam Negeri.

 Usaha  juga membabitkan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha kerajaan dapat membanteras jenayah pemerdagangan orang terutama buruh paksa di pelbagai sektor.

 Isu tersebut menjadi amat kompleks susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak awal tahun lalu, namun pihaknya terus mengambil pelbagai inisiatif dalam penambahbaikan.

 “Ini termasuk dengan memperketatkan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 dengan hukuman lebih berat ke atas majikan terbabit,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya