MAIWP, Malakoff bantu rakyat terjejas - Utusan Malaysia

MAIWP, Malakoff bantu rakyat terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) bekerjasama bagi membantu mereka yang terjejas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Wilayah Persekutuan.

Bantuan sebanyak RM222,500 yang disalurkan oleh Malakoff dalam program MAIWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0 itu adalah sumbangan wakalah terbesar diterima Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) setakat ini.

MAIWP dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil bantuan itu, sebanyak 900 pek sumbangan dapat diagihkan ke tiga lokasi iaitu di Kawasan Seksyen 1 dan Seksyen 2 Wangsa Maju serta Taman Koperasi Polis Fasa 1 Kuala Lumpur.

MAIWP turut menyerahkan bantuan zakat secara tunai yang disampaikan Pengerusinya, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar kepada wakil penduduk yang hadir.

Yang hadir  sama dalam penyerahan sumbangan itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Setiausaha MAIWP, Datuk Mohd Ajib Ismail; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd. Nizam Yahya dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

“Bagi para asnaf yang menerima bantuan secara bulanan, MAIWP mengambil langkah proaktif dengan membuat penyambungan secara automatik kepada mereka yang tamat pada Ogos dan September ini. Oleh itu, mereka tidak perlu datang ke kaunter untuk membuat penyambungan.

“Orang ramai yang melihat atau terjumpa orang susah di Wilayah Persekutuan dimohon melaporkan mereka kepada MAIWP. Laporan boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar Mobil Jejak Asnaf (MoJA) bagi memudahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal- MAIWP turun padang membantu mereka.

“Bagi yang layak menunaikan zakat disaran melakukan tanggungjawab berzakat tersebut di www.zakat.com.my ataupun menerusi aplikasi MyZakat bagi membantu lebih ramai yang memerlukan sewaktu pandemik ini,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya