Lembu korban naik minyak - Utusan Malaysia

Lembu korban naik minyak

SEORANG petugas cuba menumbangkan seekor lembu korban yang agresif  di Masjid Melayu Jalan Selat di Teluk Intan, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Meskipun berlaku kesukaran selepas seekor  lembu naik minyak ketika mahu disembelih, program korban sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Melayu Jalan Selat di sini, semalam tetap berjalan lancer.

Kejadian berlaku selepas petugas selesai menyembelih lembu pertama dan apabila mahu menyembelih lembu kedua, haiwan itu sukar ditumbangkan.

Petugas sembelihan tidak berani mendekati haiwan yang talinya diikat pada pokok apabila haiwan itu menendang dan cuba mengejar sesiapa  yang mendekatinya.

Setiausaha Masjid Melayu Jalan Selat,  Ibrahim Arshad berkata, lembu tersebut sukar untuk direbahkan dan disembelih.

“Lembu ini agresif, menyerang  orang cuba menghampirinya, walaupun beberapa kali cuba direbahkan, ia kembali bangun.

“Namun kami bersyukur kerana tiada sesiapa yang cedera dan lembu ini akhirnya disembelih,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Mengenai majlis korban itu, Ibrahim berkata, hanya empat ekor  lembu disembelih manakala bakinya lima ekor disembelih hari ini yang mana ia disumbangkan oleh jemaah masjid, pihak luar dan ahli korporat. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya