Lebuh Raya Timur-Barat dibuka - Utusan Malaysia

Lebuh Raya Timur-Barat dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 1 Julai 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan setelah 12 tahun, Lebuh Raya Timur-Barat sepanjang 115 km yang dibina dengan perbelanjaan RM395.2 juta akhirnya siap dan dibuka kepada umum mulai esok.

Namun buat permulaan, lebuh raya itu hanya dibuka pada pukul 6 pagi hingga 7 malam sahaja kerana terletak di kawasan keselamatan.

Pengguna dikehendaki melaporkan diri kepada pondok polis di Batu 5, Jeli atau Kuala Rui di Gerik selewat-lewatnya pukul 4 petang sebelum dibenar menggunakan laluan tersebut.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 1 Julai 1970
    Tun Abdul Razak Hussein melancarkan pengisytiharan penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
  • 1 Julai 1972
    Amerika Syarikat melalui dutanya, Mr. John B. Connaly mengakui kedudukan Malaysia ke atas Selat Melaka dan mengalu-alukan cadangan dasar berkecuali Asia Tenggara.
  • 1 Julai 1983
    Lima buah universiti awam di Malaysia bersetuju menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sesi baharu mulai bulan ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya