"Lalu depan kedai aku, tabur barang sihir kau" - Syed Ali - Utusan Malaysia

“Lalu depan kedai aku, tabur barang sihir kau” – Syed Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syed Ali terkejut apabila individu yang kerap lalu di depan kedainya mempunyai agenda gelap dengan niat menyihir.

Pelakon Mat Rukun dan Aku Tak Sesat berkongsi perkara tidak bermoral itu menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“Inilah akibatnya bila baik sangat dengan orang. Dipermainkan, dipijak kepala dan kena sihir pula kesudahannya. Masalahnya lagi kau sihir, lagi maju bisnes aku. Aku angin betullah. Tidak apalah abang cuba sabar lagi.

“Dulu abang tidak percaya fasal sihir ini. Tapi sekarang bila sudah terkena kena pekalah. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pun kau ganggu tabur-tabur barang.

“Orang macam ini tidak takut dosa barangkali. Patutlah kau muncul depan kedai aku banyak kali rupanya tabur barang syirik kau itu. Abang malas nak berdiam diri dah, makin menjadi pula,” ujar usahawan sabun pewangi fabrik itu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikutnya terkejut dengan perbuatan individu tersebut kerana di kala pandemik masih ada yang tidak berhati perut dengan niat menjatuhkan perniagaan orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya