"Kita memang tak boleh tukar ya jenis vaksin?" - Persoalan Ifa Raziah undang kecaman? - Utusan Malaysia

“Kita memang tak boleh tukar ya jenis vaksin?” – Persoalan Ifa Raziah undang kecaman?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ifa Raziah menerima kecaman warganet apabila dia dikatakan mahu menukar jenis vaksin yang bakal diterima.

Menerusi siaran langsung di Instagramnya, Ifa ada bertanyakan soal jenis vaksin terbaik kepada peminat yang sedang menonton video tersebut.

Mengakui menghidap pelbagai jenis alahan, Ifa juga dikatakan agak ragu -ragu untuk mengambil vaksin.

“Jenis vaksin apa yang paling baik ya? Kita memang tak boleh tukar jenis vaksin ya?” tanya Ifa kepada penonton.

Malah dia juga bertanyakan jika pengambilan vaksin menyebabkan kecederaan atau kematian, adakah pihak kerajaan akan memberi pampasan.

Persoalan Ifa itu mengundang kecaman warganet yang mahu penyanyi dan pengacara itu bersyukur kerana sudah menerima tarikh vaksin sedang ramai masih yang menunggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya