Kilang telur tutup, 20 positif Covid-19  - Utusan Malaysia

Kilang telur tutup, 20 positif Covid-19 

KILANG telur LTK (Melaka) Sdn. Bhd. di Durian Tunggal, Melaka ditutup sehingga 6 Ogos depan untuk kerja-kerja nyah kuman dan saringan pekerja. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sebuah kilang telur di Durian Tunggal di sini diarahkan tutup serta-merta selepas 20 pekerja positif Covid-19 semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kilang tersebut ditutup sehingga 6 Ogos depan untuk kerja-kerja nyah kuman dan saringan pekerja. 

Menurut beliau, setakat ini seramai 119 pekerja telah melakukan ujian saringan Covid-19. 

“Hasil saringan  seramai 20 daripada 119 pekerja kilang berkenaan positif Covid-19. 

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka sedang mengenal pasti punca jangkitan dan mengesan kontak rapat pekerja yang positif,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, notis penutupan sebuah kilang tertera nama LTK (Melaka) Sdn. Bhd. beralamat di Durian Tunggal yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tular hari ini, memaklumkan premis itu ditutup bermula pukul 3 petang semalam. 

Difahamkan kilang berkenaan mempunyai kira-kira 200 kakitangan termasuk pekerja warga asing. 

Kilang itu antara pengeluar telur terbesar dalam negara dan turut mengeksport keperluan asas itu ke Singapura.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya