Disyaki air mani pada cadar, atas lantai dan di tepi katil - Saksi kes rogol exco - Utusan Malaysia

Disyaki air mani pada cadar, atas lantai dan di tepi katil – Saksi kes rogol exco

PAUL Yong Choo Kiong yang menghadapi tuduhan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia keluar di Mahkamah Tinggi Ipoh selepas mengikuti perbicaraan kes hari ini. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes rogol membabitkan bekas Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong hari ini diberitahu pelbagai bahan bukti ditemukan pegawai polis Unit Forensik D10 yang memeriksa lokasi kejadian.

Pegawai polis Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Inspektor Simon Vadivelo berkata,  penemuan-penemuan tersebut ialah disyaki air mani pada  sehelai cadar warna putih, atas lantai dan di tepi katil.

“Turut ditemukan empat helai rambut di atas tilam dan sebatang mop yang dijumpai di belakang rumah,” kata beliau  ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Menurut Simon, turut ditemukan ialah seluar dalam lelaki berwarna kelabu, sehelai baju T berwarna coklat, sehelai seluar pendek berwarna hitam berjalur merah.

“Turut dijumpai di lokasi kejadian, baju T berleher bulat berwarna putih, sehelai seluar pendek berwarna biru, sehelai seluar dalam wanita berwarna merah jambu dan pakaian dalam wanita berwarna biru.

“Kesemua pakaian itu dibungkus di pejabat pegawai penyiasat,” katanya.

Perbicaraan bersambung esok. Paul Yong, 51, didakwa merogol pembantu rumahnya wanita Indonesia di kediamannya di Meru Desa Park, pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019.

Ketika kejadian tertuduh  memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya