Kedudukan 24 terbaik sejarah buat Jeremiah - Utusan Malaysia

Kedudukan 24 terbaik sejarah buat Jeremiah

JEREMIAH LOO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi melayakkan diri ke pusingan akhir all-around, Jeremiah Loo perlu menempatkan diri dalam kalangan 24 gimnas terbaik dan itulah yang cuba dilakukan apabila turun pada pusingan kelayakan hari ini.

Misi awal Jeremiah di Pusat Gimnastik Ariake di Tokyo adalah mengatasi catatan mata peribadi terbaiknya, namun dia juga cuba melakukan persembahan sempurna dalam saingan all-around yang merangkumi enam rutin.

“Saya sedikit teruja sekarang. Tidak sabar turun beraksi esok (hari ini). Saya akan memulakan acara dengan senaman lantai, kekuda berpelana, gelang roman, melombol, palang sejajar dan palang tunggal.

“Saya harap mampu memecah mata peribadi dalam acara all-around. Markah terbaik saya 76 mata yang dilakukan di Sukan Asia Jakarta 2018,” kata pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Jurulatih gimnastik lelaki negara, Ng Shu Liang meletakan sasaran anak buahnya untuk mengatasi mata dilakukan Ng Shu Wai, 54.649 untuk menduduki tempat ke-38 daripada 98 gimnas dalam acara all-around pada pusingan kelayakan Olimpik Athens 2004.

Shu Liang menyasarkan Jeremiah mampu mengutip sekurang-kurangnya 78 atau 79 mata.

“Saya nampak potensi besarnya dan kualiti baik yang menjadikannya seorang daripada atlet gimnastik terbaik negara. Kami di sini baik-baik sahaja,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya