‘Kami mahu bawa pulang pingat’ - Utusan Malaysia

‘Kami mahu bawa pulang pingat’

AARON Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik terpaksa akur tumpas kepada pasangan China, Li Jun Hui-Li Yu Chen dalam separuh akhir beregu lelaki Sukan Olimpik 2020 di Tokyo semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun gagal ke final, semangat Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk membawa pulang pingat dalam Sukan ­Olimpik Tokyo 2020 tetap membara apabila turun dalam penentuan gangsa hari ini.

Memulakan aksi dengan cemerlang dan memberi tentangan sengit, pasangan No.1 negara itu bagaimanapun akur dengan kekalahan 22-24, 13-21 kepada juara dunia 2018, Li Jun Hui-Li Yu Chen dari China.

Wooi Yik mengakui agak tertekan apabila ketinggalan pada set kedua dan kerap melakukan kesilapan sendiri untuk menghadiahkan mata mudah kepada pasangan lawan.

“Lepas ini kami akan berlawan untuk pingat gangsa, alang-alang dah sampai sini kami mahukan pingat,” katanya.

Aaron mengakui, walaupun tidak mempu­nyai rekod baik dengan juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan yang akan ditentang hari ini, namun perlawanan itu akan bermula
dari kosong dan keputusan lalu tidak memberi kesan kepada mereka.

“Kami akan buat sehabis baik, perlawanan terakhir esok (hari ini) kita kena berikan 100 peratus.

“Sebelum perlawanan kami kena mula dari kosong,” kata naib juara All England 2019 itu yang kalah dalam tujuh daripada lapan pertemuan dengan beregu veteran Indonesia tersebut.

Semalam, Ahsan-Hendra yang juga beregu No. 2 dunia gagal menepati ramalan apabila tumpas 11-21, 10-21 kepada pasangan Taiwan, Wang Chi Lin-Lee Yang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya