Jurutera bantu pengeluaran makanan - Utusan Malaysia

Jurutera bantu pengeluaran makanan

DAUD Yahmin menunjukkan tanaman buah peria bangla atau dikenali peria katak di Pontian, Johor. - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Bekerjaya dan mempunyai gaji lumayan tidak menghalang seorang jurutera untuk sama-sama menyumbang menambah pengeluaran makanan negara selain menjadi tambahan pendapatan.

Daud Yahmin, 50, yang lahir dan membesar di Kampung Jawa Ulu, Ayer Baloi, di sini terlibat dengan bidang pertanian secara separuh masa selepas waktu kerja.

Katanya, pada peringkat awal sebelum menceburi tanaman timun, peria besar dan peria bangla atau peria katak dengan kaedah fertigasi gantung, dia mengikuti kursus di Pusat Pertanian Air Hitam, Batu Pahat.

Menurutnya, selain kursus tiga hari, dia mempelajari kaedah tanaman tersebut melalui rakan-rakannya yang dianggap sebagai  ‘praktikal’ di ladang.

“Saya memilih tanaman kaedah gantung dengan kos permulaan sebanyak RM80,000 di atas tanah sendiri lebih 0.8 hektar di Kampung Parit Mokyat sebagai projek pertama pada 2018.

“Bagi projek pertama ini, saya menanam 6,000 polibeg timun gantung, 1,600 peria besar gantung dan 2,000 polibeg peria besar atau peria katak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tambah Daud, walaupun terpaksa berhadapan dengan kejatuhan harga pada percubaan pertama itu, dia masih mendapat pulangan dan mampu membayar gaji pekerja serta kos-kos  lain.

“Kejayaan projek pertama menyuntik semangat untuk membuka sebuah lagi kawasan tanaman baharu dengan kaedah sama pada awal tahun ini. Bagi projek di tanah lima ekar itu pula, saya tanam 7,000 polibeg timun gantung, 2,000 polibeg peria besar dan 1,600 peria katak yang telah mengeluarkan hasil.

“Sebaik sahaja selesai kerja di kawasan perindustrian Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, saya terus turun memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh lima  pekerja sepenuh masa di kedua-dua kebun tersebut,” katanya.

Jelasnya, pasaran sayur-sayuran ketika ini adalah pemborong dari Kulai dan Johor Bahru atau menghantar terus kepada pasar borong di Selayang, Selangor jika mendapat tawaran harga menarik. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya